Welcome to my world

Saturday, 21 July 2012

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

Ok.. Dah lama jugak aku ter-pause aktiviti mem-blogging ni, maklumla.. Sibuk dgn hal-hal lain.. Aku ni masih belum jadi blogger tegar . Ok, banyak jugak nak ditulis ni.. Try buat seringkas mungkin..



Al kisah suatu hari Mak Ngah aku meng-inform Mak aku pasal ada intake MARA. Lalu aku telah dipaksa utk mgisi borang yg bagai nak rak pelbagai bagai mende dia nak..
Ke hulu ke hilir, smpai lidah terjelir aku ngn mak aku nak selesaikan hal daftar mende alah tu..



Mak Ngah aku yg kerja kat MARA tu pun tak brapa nak helpful bila aku ngn mak aku isi borang intake tu.. Tp Alhamdulillah la dia yg bgtau pasal ada intake tu.. Aku pun isi course mgikut apa yang aku minat..


1)Filem dan Animasi Digital
2)Media Digital
3)Rekabentuk Dalaman


Aku dapat la tawaran utk masuk tapi kena g interview dulu. Kat interview tu aku dgn bbrapa puluh org lagi yg takde asas seni mcuba nasib.. Mlukis satu rekaan yg ada depan kami dalam perspektif masing2. Duduk dalam bulatan, kemudian lukis la mende alah kat tengah2 tu





*pause*





Masa ni aku gelabah gila, tp act cool. Konon2 siap awal pastu dok tengok sana sini. Hahahaha



Ok. Nak senang citer, aku lpas interview dan dapat surat masuk. Masa pendaftaran bukan main kelam kabut lagi. Yela, kena masuk dewan tu then kena pergi dari satu checkpoint ke satu checkpoint sorang2.. -..-





*pause*





Sebelum ni pape borang ke daftar mak aku buat.. Hahahahaha. Btw, aku dapat tawaran dalam

Filem dan Animasi Digital






Kat dalam tu aku terus buang kemaluan aku.. Aku tegur sume sape2 utk buat aku ku rang rasa nebes ni.. Maaf, buang sifat malu tu, bukan buang kemaluan yg literally kemaluan.. Wakakakaka. Aku da tbiasa mggunakan tatabahasa yg pelik cenggini.





Dah habis sume tu aku pun masuk la hostel, kenal2 ngn roomate.. Memang masa2 ni aku segan la gak bab mak aku buat aku cam takpenah masuk hostel.. Walhal dulu kecik2 da masak ngn masuk hostel ni, yg lain cume boleh bawak barang2 elektrik macam handphone, charger, seterika, laptop, water-heater, LCD monitor, CPU, periuk nasi, speaker dan sebagainyaa.. xD






*pause*







Aku tau barang2 tu makin lama makin pelik. Tp, nak pelik apa.. Ni Art & Design School la.. Hahahahaha. Yg pelik itu BEST !!







Lepas Orientation Week yg best laa.. Aku tak nafikan, aku enjoy. Cuma waktu menjalani minggu tu dalam hati asyik berbulu jeee.. Tapi bila dah lepas, ini yang aku nak cakap " I would cherish those moments forever in my heart with all the other memories " . Memang bestla senang citer.





Aku minat apa yg aku blaja dan aku akan belajar sungguh2 ! InsyaAllah aku akan memegang diploma 3 tahun lagi.. Aminnn





Im officially a student at KKTM Rembau, Negeri Sembilan and Im proud of it ! :)