Welcome to my world

Thursday, 4 October 2012

L O W Y A T

Assalamualaikum..

Ok.. Makin nak habis semester makinla banyak kerja.. Dah la markah dapat biasa rendah.. Nak dapat dekan tu,. Urghh.. Pening kepala.. Ingatkan semester ni mudah la untuk dapatkan dekan.. Tapi.. Lebih sukar daripada yang dijangkakan..

Dah terpesong macam biasa.. Takde kena mengena dengan topik dah ni.. HAHAHAHAHA

Lowyat, rasanye ramai tahu pasal tempat ni.. Nama tempat ni terkenal dengan gudang gadget, laptop, dekstop, aiskrim chocotop dan sabun baju top.. HAHAHAHA. Yang hujung-hujung tu dah melalut da xD

Fokus ! Aku nak pergi lowyat sebab nak betulkan laptop aku.. Kawan aku sorang ni nama Syazwan yang tak menyabar dah pergi sehari sebelum aku sebab aku ada Perjumpaan Silat Gayong Peringkat Negeri Sembilan atas koku kolej..



*pause*



Aku takpernah nak masuk silat ni, aku macam lagi suka silat cekak dari gayong.. Tapi pilihan untuk koku hanya ada silat dengan askar wataniah.. Aku taknak la berkawat tengah panas ape semua.. SoOoOoOo.. Aku masuk la silat..


Ok.. Masa dekat perjumpaan tu.. Aku nak mintak tolong sorang budak perempuan ni yang tinggal kat Kajang.. Jadi nak tumpang die.. Tknak la bazir duit untuk tambang ape sume.. Jadi, mintak la tolong..

Mula-mula dia ok.. Bila aku da plan ape sume dengan kawan aku.. Dia suruh aku tanya ayah dia.. Tetiba dia cakap ;

" Ehhhh ! Takyah lah, taknak la.. Segan la.. "

Aku cakapla ;

" Segan ape pulak ? Segan dengan siapa ? "

Dia balas ;

" Segan dengan ayah la.. Sorry eaa.. "


Masa dia cakap tu.. Muke die merah gileee.. HAHAHAHA.. Comel gile.. >.<
Serta merta merah muka die tu.. Merah padam lak tu.. Perghh.. Comel ! Huehuehue



*pause*



Aku kira macam minat la dia.. Sopan dan sweet gitu.. Suka gitu gitu je..
Aku just suka gitu gitu je.. Cintaku bertepuk sebelahhh tangannn~ ( lagu sekadar hiasan ) xD

Jadi aku ajakla joker.. Sebab apa.. Cermin mata aku patah.. Jadi aku tak nampak sangat.. SANGAT SANGAT ! Jadi aku mintak la dia teman untuk jadi " MATA " aku.. Aku support la duit tambagn sume memandangkan aku yang ajak dia..


Bermulalah episod baru pengembaraan aku.. Telefon teksi, naik pergi Sg. Gadut.. Beli tiket dengan rasa ragu ragu dan was was dan takut takut.. Sebab Joker pun takpernah naik train, kira ni kali pertama la kitorang naik train KTM..

Dah naik tu macam excited gak la.. Borak dengan Joker bagai nak rak macam tu kitorang punya train..

Tetiba berhenti kat Kajang.. Kena tukar train.. Tapi disebabkan da borak je keje.. Tak berapa fokus apa orang tu cakap..
Jadi pergi la tanya kaunter apa sume.. Dah tanya untuk kepastian.. Kami tunggu la train tu sampai..

Ok.. Tempat kitorang tu tunggu sampai koc perempuan.. Jadi aku yang pemalu ni bergerak sepantas mungkin nak naik koc bukan untuk perempuan sahaja.. Kejar punya kejar.. Pintu tertutup..



*pause*



Aku taktau kenapa dan sejak bila jadi pemalu pasal aku taknak masuk koc perempuan tu..

Bila pintu tu da tertutup aku punye la segan sebab dah dekat sangat dengan pintu.. Dengan mata yang tak berapa na nampak ni aku pun wat la ekspresi muka kecewa+lawak dengan pegang kepala tutup topi ke muke lepas tu cangkung.. HAHAHAHAHA

Joker yang dalam keadaan segan tu ikut aku.. Dia kata orang kat dalam koc tu dah gelak dah tengok reaksi kitorang.. Nasib baik aku tak nampak.. Aku bila tak nampak ni perasaan kemaluan tu berkurang mendadak xD

Kitorang tukar beberapa train sebab ada pembetulan jalan train tu.. Pembetulan jalan? Macam tak betul je ayat aku ni.. HAHAHA

Dah sampai ke Kepong Sentral.. Syazwan dengan kawan dia Faqir jemput kitorang.. Bertambah la lagi sorang kawan aku di alam maya dan di dunia yang fana ni..

Melepak la kitorang.. Makan, snooker, makan, minum, online dan sebagainye sampai esok pagi.. Hari ke Lowyat.. Pendekkan cerita da siap laptop aku tu.. Dalam perjalanan balik tu.. Dah mula rapat la dengan Faqir tu..

Dia dah mula gila dia agaknye.. Dalam salah satu train tu mula-mula diorang kenakan aku bila ada satu seat kosong suruh aku duduk sebab aku dapat nama gelaran " Pakcik " kat KKTM..

Dalam keadaan dipaksa duduk dalam keadaan yang lawak.. Ada dua gadis dok gelakkan kitorang.. Ok ! Ok ! Gelakkan aku..

Lawa jugak.. Nak ditegur, aku dah segan.. Asyik gelak je.. xD

Lepas diorang keluar, si Faqir ni kacau orang kat koc sebelah.. Train yang ni koc dia terpisah.. Train lama.. Faqir kacau gadis kat koc sebelah.. Garanggg.. Aku taknampak tapi difahamkan gadis tu bukan malu-malu atau tengok sekejap sebab meluat ke atas pape sebab la.. Tapi dia tenung kami.. Bila dah keluar, dia tengok kitorang dengan ganasnye.. >.<

Nasib aku tak nampak !

Ok.. Tiba masa balik.. Semua kepenatan.. Kitorang duduk terpisah tapi masih dalam koc sama.. Bila orang keluar masuk.. Dapat la duduk sebaris panjang..
Duduk punya duduk.. Tiba-tiba Joker panggil aku lepas tu tunjuk sesuatu...



BHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !


Syazwan da tido duduk dengan kepala terlentok ke tepi dengan mulut menganga.. Joker apalagi.. Snap gambar la.. xD

Dah snap tu.. Ada wat taktau.. Ada la macam meluat.. Macam kitorang ni budak jahat..

Ada jugak sorang mamat ni dah gelak tengok gelagat kitorang.. Dia mula-mula dok tahan gelak.. Lepas tu gelak tutup mulut, lepas tu tutup muka dengan tangan lepas tu tutup muka dengan pandang kerusi, lepas tu tutup muka dengan buku.. Dalam masa dia bertukar cara gelak tu.. Ada la para jelitawan yang masuk dalam koc tu pandang Syazwan dan tahan gelak.. xD

Aku dengan Joker mula tahan gelak gak.. Last-last gelak macam orang takde kat situ.. Sebab memang muka Syazwan yang macam GODZILLA menganga.. HAHAHAHAHA

Mamat yang gelak tadi tu.. Tak berhenti gelak sampailaaa dia turun train.. Dah turun pon pandang Syazwan lepas tu gelak lagi.. Syazwan terbangun sendiri lepas para jelitawan tu masuk dalam koc..

Setibanya sampai ke Sg Gadut.. Kami bertiga dijemput Burn dengan Zarul.. Balikla ke kolej kira-kira pukul 1am..

Perjalanan yang singkat tetapi terasa lama sebab enjoy sangat.. Dapat kawan baru, pengalaman baru, pengetahuan baru..

Itulah pengembaraan pertama aku ke LOWYAT ! :)