Masa mula mula masuk dulu.. Masa orentasi rasa masam, manis, masin.. HAHAHAHA
Ok.. Serius.. Penat gila.. Sampai demam aku dibuatnya..
Aku jangkakan seseronok macam yg senior aku dulu buat.. Walau agak stress.. Tak cukup tido.. Tergopoh gapah ke sana sini.. Tapi aku aku nampak faedahnya.. Bila dekat sini.. Memang macam itulah senario harian kat KKTMR ni..
Al kisahnya.. Aku yg berbadan dua.. Eh? Berbadan mcm dua ni jaga bahagian makanan.. Kali ni orentasi aku dan sekumpulan pelajar lain yg sukarelawan memohon untuk jadi mereka yg membantu menjalankan orentasi kali ni.. Ingatkan senang.. Rupanya lebih sukar daripada yg dijangkakan..atau mungkin sebab aku masih baru dalam menjalankan tanggungjawab macam ni?
Apa pun.. Aku memang kurang nak amek tanggungjawab macam ni sebelum ni sebab aku tak berapa senang nak bercampur dengan orang atas macam cikgu, pensyarah, org pejabat dan semua yg sekapal dengannya.. Taktau apa sebabnya..
Ok.. Menjaga orentasi ni teruja la jugak sebab aku teringat masa aku orentasi dulu memang best walaupun penat, bengang, marah masa orentasi.. Tapi lepas dah 1 semester aku rasa ' kemanisan ' orentasi tu..
Jadi, dengan harapan dapat buat mcm senior aku dulu buat kat junior kat budak-budak yg baru nak masuk ni.. Tiba tiba ! Ada plak perubahan..
Fasilitator adalah Pensyarah dan kami senior adalah Pembantu Siswa
Walaupun begitu.. Lepas sehari dua berbincang dan mesyuarat kitorang makin kenal dan makin lama mula la nampak ke-'gila'-an masing-masing..
Seronok jugak la walaupun takdapat nak buat mcm senior dulu buat kat aku.. Tapi aku enjoy walapun sepanjang minggu tu stress, marah-marah dan macam jenis perasaan negatif..
Hari kedua terakhir dgn hari terakhir aku dah demam.. -__- tak seronok betul.. Terlepas saat utk perkenalkan diri yg sebenar kat diorang.. Masa orentasi aku kira garang.. Wat muke ketat je.. Kumpulan aku je yg kenal aku cmana.. Hahaha
Cakap pasal kumpulan.. Ada la satu malam tu.. Malam perasaan budak junior ni diperkotak katik ketuk kan.. HAHAHAHA
Yg muka takpernah ada perasaan menangis bagai nak rak, almari, laci, kerusi dan meja dia punya emosi.. Ada yg sampai hidung berdarah masa tulis surat wasiat dalam satu salah aktiviti tulis surat dalam gelap berteman lilin pendek sebelum lilin tu terpadam..
Nak tergelak ada.. Kesian ada.. Mula-mula tu cuak la jugak.. Sebab aku biasa jaga tempat aku ditugaskan je.. Bila aku ronda kali pertama.. Habis ronda je.. Tengok sorang budak kat tempat aku da ada PS yg lain pegang dia.. Datang-gdatang tengok hidung berdarah.. Aku tahan gelak sebab macam takleh blah dia punya stress tulis surat dengan emosi..
Akhirnya.. Habis jugak Minggu Haluan Siswa ni.. Secara keseluruhan ok la.. Enjoy la jugak..
Harap dapat membantu lagi lain kali dan dapat buat lagi seronok utk semua.. :)
