Welcome to my world

Saturday, 30 November 2013

PSIKO


    Psiko... Biasa dikaitkan dengan gila..kurang waras dan sebagainya.. Aku yg fikir macam tu la..
Bila ada seseorang tu yg kelihatan normal tapi sebenarnya tak normal.. Dikira psiko.. Gitula kot.. tak pasti mana.. HAHAHAHA


Sepanjang semester 3 dekat KKTM Rembau ni aku dgn kumpulan terseksa sehinggalah penghujungnya untuk subjek tu.. Paling menyakitkan hati benda yang dibuat untuk subjek tu dah ikut apa yg dikehendaki.. Tapi takdapat apa-apa penghargaan langsung..  Lagi dikeji.. Taktau macam mana nak gambarkan perasaan dalam hati yang terpendam tu..


Tapi disebabkan rasa perlu untuk hormat tenaga pelajar.. Kami sekumpulan semua tahankan perasaan tak puas hati dalam hati tu selama 5 bulan.. Siapkan jugak cerita yang dikehendaki ikut citarasa dia walaupun takpernah dapat pujian atau apa-apa penghargaan dari pengajar tu..


Hari yang tiba untuk membentangkan projek tu tiba.. Penghargaan apa semua takde tapi kejian diberi bertimpa-timpa.. Hari tu hari terakhir kami semua dah takdapat tahan lagi.. Selesai je pembentangan tu kami semua terus tinggalkan tempat pembentangan tu tanpa cakap apa-apa dekat pengajar tu..


Poster, cenderamata apa semua semua ditinggalkan.. Masing-masing pulang dengan keadaan hampa diperlakukan sebegitu.. Setiap ahli kumpulan maraton tidur selama 2 hari.. Tak cakap apa-apa langsung banding dengan kumpulan lagi satu yang dapat pujian yang teruja dan sibuk bercerita..


Bukan cemburu.. Tapi setiap ahli kumpulan terlampau kecewa.. Tapi kehidupan sebagai pelajar haru diteruskan.. Projek akhir yang lain tetap diteruskan.. Parut di hati yang masih berdarah dibiarkan begitu sahaja..


Aku sebagai penulis skrip untuk cerita asal rasa kecewa.. Idea ditolak bulat-bulat.. Kalau ye pun.. Perbaikilah.. Jangan mengeji.. Tak memberi semangat langsung.. Macam mana seorang pelajar nak bersemangat kalau semangat sentiasa dibunuh setiap kali baru nak bangkit..


Nak dipendekkan cerita yang da memang panjang ni.. Skrip asal aku tu diterima untuk subjek lain.. Untuk projek akhir subjek untuk pengajar yang lain.. Penggambaran termasuk masa untuk edit mengambil masa selama 2 hari untuk penggambaran dan 1 hari untuk proses mengedit video..


Alhamdulillah.. Cerita tu mendapat respon positif daripada tenaga pengajar yang lain.. Banyak lagi la aspek yang perlu diperbaiki.. Tapi respon untuk cerita lakonan kami sekelas ni dapat respon yang agak baik..


Inilah ceritanya.. Psiko..