Welcome to my world

Saturday, 30 November 2013

PSIKO


    Psiko... Biasa dikaitkan dengan gila..kurang waras dan sebagainya.. Aku yg fikir macam tu la..
Bila ada seseorang tu yg kelihatan normal tapi sebenarnya tak normal.. Dikira psiko.. Gitula kot.. tak pasti mana.. HAHAHAHA


Sepanjang semester 3 dekat KKTM Rembau ni aku dgn kumpulan terseksa sehinggalah penghujungnya untuk subjek tu.. Paling menyakitkan hati benda yang dibuat untuk subjek tu dah ikut apa yg dikehendaki.. Tapi takdapat apa-apa penghargaan langsung..  Lagi dikeji.. Taktau macam mana nak gambarkan perasaan dalam hati yang terpendam tu..


Tapi disebabkan rasa perlu untuk hormat tenaga pelajar.. Kami sekumpulan semua tahankan perasaan tak puas hati dalam hati tu selama 5 bulan.. Siapkan jugak cerita yang dikehendaki ikut citarasa dia walaupun takpernah dapat pujian atau apa-apa penghargaan dari pengajar tu..


Hari yang tiba untuk membentangkan projek tu tiba.. Penghargaan apa semua takde tapi kejian diberi bertimpa-timpa.. Hari tu hari terakhir kami semua dah takdapat tahan lagi.. Selesai je pembentangan tu kami semua terus tinggalkan tempat pembentangan tu tanpa cakap apa-apa dekat pengajar tu..


Poster, cenderamata apa semua semua ditinggalkan.. Masing-masing pulang dengan keadaan hampa diperlakukan sebegitu.. Setiap ahli kumpulan maraton tidur selama 2 hari.. Tak cakap apa-apa langsung banding dengan kumpulan lagi satu yang dapat pujian yang teruja dan sibuk bercerita..


Bukan cemburu.. Tapi setiap ahli kumpulan terlampau kecewa.. Tapi kehidupan sebagai pelajar haru diteruskan.. Projek akhir yang lain tetap diteruskan.. Parut di hati yang masih berdarah dibiarkan begitu sahaja..


Aku sebagai penulis skrip untuk cerita asal rasa kecewa.. Idea ditolak bulat-bulat.. Kalau ye pun.. Perbaikilah.. Jangan mengeji.. Tak memberi semangat langsung.. Macam mana seorang pelajar nak bersemangat kalau semangat sentiasa dibunuh setiap kali baru nak bangkit..


Nak dipendekkan cerita yang da memang panjang ni.. Skrip asal aku tu diterima untuk subjek lain.. Untuk projek akhir subjek untuk pengajar yang lain.. Penggambaran termasuk masa untuk edit mengambil masa selama 2 hari untuk penggambaran dan 1 hari untuk proses mengedit video..


Alhamdulillah.. Cerita tu mendapat respon positif daripada tenaga pengajar yang lain.. Banyak lagi la aspek yang perlu diperbaiki.. Tapi respon untuk cerita lakonan kami sekelas ni dapat respon yang agak baik..


Inilah ceritanya.. Psiko..



     




















Thursday, 31 October 2013

CINTAKU DI LAMAN SOSIAL


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Ooh.. Ohh.. Hati ku rasa sesuatu..
 
Nyanyi lak dah.. Hehehe.. Boleh kata satu Malaysia tahu lagu tu kan? Sejak lagu tu.. Aku rasa.. Ramai yg mula kenal dari laman sosial di internet.. Lepas tu timbul pulak cerita-cerita dari mereka yg mendirikan rumah tangga hasil dari kenalan di laman sosial.. Kan?

Itu kisah mereka.. Ini kisah aku..

Sejak beli handphone Blackberry aku makin bergiat aktif dalam laman sosial.. Maklumlah internet dimana mana.. Mula-mula beli tu.. Jakun gak.. Asyik ngadap benda tuuu je.. Lepas dah reda dari musim jakun tu baru kawan-kawan bagitau.. HAHAHAHA

Bila dah ada BB tu.. Facebook, Twitter dan sebagainya makin kerap online lah.. Facebook takley nak post status bebanyak.. Nanti dicaci, dikeji, dimaki, dihina.. Jadi, aku beralih ke twitter..

Saban hari..Semakin banyak yg aku follow.. HAHAHAHA

Tegur la orang sana sini.. Tengok twit twit mereka.. Kenal dgn orang baru.. Seperti biasa di laman sosial.. Ada yg menyombong, ada yg ramah dan macam jenis lagi la ragam.. Twitter ni lagi kenal orang sebab twit ni ala ala mcm lebih banyak luahan dan aktiviti seharian seseorang tu banding ngn Facebook.. Bagi aku la..

Di sini jugak aku jadi Curator utk akaun rasmi Melaka selama seminggu.. Twit aku utk seminggu dekat akaun tu lagi banyak dari akaun aku sendiri.. HAHAHAHA

Seronok jugak.. Aku taktau la feedback orang cemana.. Orang boring ke apa kan.. Sebab aku rasa aku cam membosankan banding curator sebelum sebelum ni..

Ok.. da melalut banyak sangat.. Ceritanya aku kenal la sorang perempuan dekat sini.. Dari sekadar berkawan kitorang mula berkasih.. Beza umur kami sangatlah jauh.. Beza 9 tahun.. Dia jauh lebih berumur dari aku... Sebab tu la aku suka dia.. Matang..

Konflik berlaku.. Kitorang renggang.. Baik balik.. Renggang balik.. Mungkin aku dah lama tak berpasangan.. Jadi ada benda yg aku tak buat.. Salah dia.. Biarlah rahsia..

Waktu pagi sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.. Dia telefon aku pakai num yg aku tak kenal.. Waktu tu aku ingat kami dah putus.. Aku pulak mungkin sedih jadi cepat je cari pengganti.. Taktaula..

Dia call.. Kitorang bertekak.. Dia sampai menangis.. Aku tak sangka.. Dia yg bersifat tenang dan matang tu menangis.. Maafkan aku.. Kesabaran aku ada hadnya jugak.. Akhirnya.. Dia yg meletakkan phone..

Tarikh 13/10/ 2013 aku dapat pesanan daripada Whatsapp daripada adik angkat dia mengatakan dia tak sedar diri.. Dia dibawa ke hopital..

Tanggal 15/10/ 2013 pesanan Whatsapp daripada number dia mengatakan dia telah pergi meninggalkan dunia yg fana ini.. Aku tersentak. Sukar untuk aku percaya pada awalnya.. Aku stalk twitter dia.. Aku diam diri.. Aku mimpi nampak muka dia.. Bila bangun.. Aku sedar yg memang itulah hakikatnya.. Aku cari twitter dia tak jumpa..

Aku baca balik pesanan yg dihantar adik angkat dia.. Rasa bersalah menyelubungi diri.. Sedih..
Mood aku tak menentu untuk beberapa minggu.. Arwah baik orangnya.. Walaupun kami takpernah berjumpa.. Dia percayakan aku utk cerita segalanya tentang dia.. Masalah dia.. Rahsia dia..

30/10/2013 tergerak hati aku nak tengok twitter kau ada lagi ke tak pakai akaun lain..tup tup..ada !
Ya Allah.. Perasaan aku masa tu aku taktau macam mana.. Bercampur baur.. Org yg disangka dah pergi.. Yang kita ratapi rupanya memalsukan kematian dia kerana jarak diantara kami membuatkan aku taktau apa sebenarnya keadaan dia..

Tak terkata.. Aku tak terkata dengan perbuatan kau






Wednesday, 3 July 2013

MINGGU HALUAN SISWA KKTM REMBAU JUL - DIS 2013

Orentasi.. Rasa macam baru semalam aku di-orentasikan masa masuk kat KKTMR ni..

Masa mula mula masuk dulu.. Masa orentasi rasa masam, manis, masin.. HAHAHAHA
Ok.. Serius.. Penat gila.. Sampai demam aku dibuatnya..

Aku jangkakan seseronok macam yg senior aku dulu buat.. Walau agak stress.. Tak cukup tido.. Tergopoh gapah ke sana sini.. Tapi aku aku nampak faedahnya.. Bila dekat sini.. Memang macam itulah senario harian kat KKTMR ni..

Al kisahnya.. Aku yg berbadan dua.. Eh? Berbadan mcm dua ni jaga bahagian makanan.. Kali ni orentasi aku dan sekumpulan pelajar lain yg sukarelawan memohon untuk jadi mereka yg membantu menjalankan orentasi kali ni.. Ingatkan senang.. Rupanya lebih sukar daripada yg dijangkakan..atau mungkin sebab aku masih baru dalam menjalankan tanggungjawab macam ni?

Apa pun.. Aku memang kurang nak amek tanggungjawab macam ni sebelum ni sebab aku tak berapa senang nak bercampur dengan orang atas macam cikgu, pensyarah, org pejabat dan semua yg sekapal dengannya.. Taktau apa sebabnya..

Ok.. Menjaga orentasi ni teruja la jugak sebab aku teringat masa aku orentasi dulu memang best walaupun penat, bengang, marah masa orentasi.. Tapi lepas dah 1 semester aku rasa ' kemanisan ' orentasi tu..

Jadi, dengan harapan dapat buat mcm senior aku dulu buat kat junior kat budak-budak yg baru nak masuk ni.. Tiba tiba ! Ada plak perubahan..

Fasilitator adalah Pensyarah dan kami senior adalah Pembantu Siswa

Apekejadah ! Takpaham aku konsep dia.. Semua permainan dan hampir keseluruhan orentasi tu pensyarah yg uruskan.. Jadi agak bosan.. Nasib baik semua yg jadi Pembantu Siswa perangai gila-gila walaupun awal-awal tu semua macam memalu kucing.. Sebab kitorang semua memang kurang kenal walaupun satu kolej tak sampai 1000.. Tapi tetap ada yg muka takpernah nampak..

Walaupun begitu.. Lepas sehari dua berbincang dan mesyuarat kitorang makin kenal dan makin lama mula la nampak ke-'gila'-an masing-masing..

Seronok jugak la walaupun takdapat nak buat mcm senior dulu buat kat aku.. Tapi aku enjoy walapun sepanjang minggu tu stress, marah-marah dan macam jenis perasaan negatif..

Hari kedua terakhir dgn hari terakhir aku dah demam.. -__- tak seronok betul.. Terlepas saat utk perkenalkan diri yg sebenar kat diorang.. Masa orentasi aku kira garang.. Wat muke ketat je.. Kumpulan aku je yg kenal aku cmana.. Hahaha

Cakap pasal kumpulan.. Ada la satu malam tu.. Malam perasaan budak junior ni diperkotak katik ketuk kan.. HAHAHAHA

Yg muka takpernah ada perasaan menangis bagai nak rak, almari, laci, kerusi dan meja dia punya emosi.. Ada yg sampai hidung berdarah masa tulis surat wasiat dalam satu salah aktiviti tulis surat dalam gelap berteman lilin pendek sebelum lilin tu terpadam..

Nak tergelak ada.. Kesian ada.. Mula-mula tu cuak la jugak.. Sebab aku biasa jaga tempat aku ditugaskan je.. Bila aku ronda kali pertama.. Habis ronda je.. Tengok sorang budak kat tempat aku da ada PS yg lain pegang dia.. Datang-gdatang tengok hidung berdarah.. Aku tahan gelak sebab macam takleh blah dia punya stress tulis surat dengan emosi..

Akhirnya.. Habis jugak Minggu Haluan Siswa ni.. Secara keseluruhan ok la.. Enjoy la jugak..
Harap dapat membantu lagi lain kali dan dapat buat lagi seronok utk semua.. :)

Tuesday, 4 June 2013

KALI PERTAMA / PERTAMA KALI ?

Pertama sekali ke kali pertama.. Cemana nak guna ? Aku ni Bahasa Melayu kurang mahir sikit banding Bahasa Inggeris..

Bukan nak riak, tapi itu kelemahan aku.. Itu yang aku tulis blog dalam Bm supaya kemahiran dalam BM aku meningkat.. In Shaa Allah

Ok.. Kalau dalam Bi.. Firstly la.. Tapi kali ni bukan nak cakap pasal tatabahasa mahupun seangkatan dengannya..mungkin.. Tapi aku nak cakap benda yang kita buat kali pertama..

Hampir setiap benda atau perkara yang kita buat 1st time tu kita susah nak lupakan dan hampir ke mustahil kita nak lupakan.. Betul tak? Taktau la orang lain macam mana.. Tapi itu aku..

Setiap perkara dan benda yang jadi 1st time aku susah nak lupakan.. Macam takkan lupa pun ada..
In Shaa Allah

Macam-macam la benda dan perkara yg berlaku, jadi, yg aku buat 1st aku masih ingat.. Sebab benda ni bagi aku special..Walau kadang-kadang 1st time tu pengalaman pahit dan seangkatan dengannya..
Tapi tetap aku ingat.. 

Mungkin aku sorang rasa macam ni.. Tapi aku rasa hampir semua orang pun sama walau kadangkala ada yg menafikan sebab taknak ingat la apa la.. Berbagai jenis jawapan dan ragam orang aku tengok bila bercakap tentang hal ni..


Tapi, hakikatnya.. Diorang jugak yg dok cerita pengalaman 1st time diorang tanpa diorang sedari bila teruja buat sesuatu benda tu bagi diorang best ke sedih ke.. Maksudnya diorang cuba kekang.. tapi bila teruja minda separa sedar diorang aku tetap ingat benda 1st time walau dioran menafikan..


Bagi aku.. Aku tak nafikan.. Benda/Kejadian/Perkara yang berlaku 1st time aku memang akan ingat dan akan sentiasa aku ingat.. Dari sebaik-baik perkara sampai ke seburuk buruk perkara :)

Sunday, 26 May 2013

JUJUR


Seperti kucing dan ajing yang tidak memahami bahasa masing-masing.. Gambaran kepada hubungan aku dengan dia sekarang ni..

Bila ditegur seperti menggangu, tak ditegur sombong katanya kepada diriku.. Kadang-kadang aku rasa macam rapat serapat mungkin.. Tapi kadang kadang rasa macam kita ni tak kenal..


Bila fikirkan benda ini otak jadi tak keruan.. Pening, bengang, gembira, nak senyum, meroyan rasa nak menitiskan air mata yang tak diketahui untuk apa tujuannya.. Aku jenis yang suka berfikir dan selesaikan masalah dengan sendiri tapi bila perkara sebegini aku buntu


Apa apa pun.. Aku cuba jauhkan diri sejauh mana yang boleh ikut otak.. Tapi hati ni asyik nakk jugak rapat.. Nak jugak cuba dan cuba lagi walau hampir tiap kali disakiti.. HAHAHA


Poyo lak.. Bila aku macam ni.. Ada je yang buat aku tersenyum.. Gelak.. Yang membuat aku lupa dia.. Hati kan.. Macam mana kita cuba menafikan pun.. Lelaki atau perempuan kalau dah rapat.. Salah satu hati tu akan mula tertarik kat lagi satu.. Kalau tak salah satu pun.. Kes nasib baik.. Dua-dua hati tertarik kat satu sama lain ni..




Itu suka ini suka.. Macam pergi shopping complex.. Nampak cantik je semua nak beli.. Tapi duit dalam dompet takde.. Macam tak kena je metafora aku ni.. -__- Abaikan.. HAHAHA

Aku memang agak tak mahir bila cuba wat metafora sendiri.. >__< Tapi tetap suka buat..
Kadang-kadang tu jadi ah.. Tapi selalunya tak..

Kalau nak dikira kira.. Banyak benda kat dunia kita ni diluar jangkaan kita.. Apapun semuanya adalah yg terbaik untuk kita dariNya.. :)


Jujur aku taktau apa nak rasa atau cakap dekat kau lagi? Aku hipokrit dengan kau

Monday, 22 April 2013

HATI OH HATI

Hatiku ~ Hatimu ~

Hahahaha, sedap menyanyi lak start nak tulis post baru ni.. Aku lama dah nak, menulis..
Maaf, menaip.. Nak update entry  blog ni. Tapi disebabkan kerja yg terlampau banyak  dan kian menimbun,
aku tidaklah berkesempatan nak menulis.. -__- Maaf, MENAIP.. Ya ! Menaip ~ ~


Ok, cukup.. cukup sudah.. cukup sampai disini saja ~ Eh, tengok.. Menyanyi je, lagu jiwang lak tu..
Haa ! Baru la nak masuk kenapa entry blog.. Hati ? Kenapa dengan hati ni ? Takley makan hati, peparu, limpa dan sebagainya sebab bahagian dalaman makanan sebab tak elok ? Entah la, masih mencari jawapan pasal hal tu sebab bukan hati tu yg aku maksudkan..


Hati yg aku maksudkan ialah hati aku, hati manusia yang ada pelbagai jenis perasaan..sedih, marah, gembira, sayang, cinta.. HAHAHA, takkan nak sebut semua kan? Jenuh nak MENAIP semua weyh.. xD

Macam ni la, aku ni jenis yg susah nak suka kat orang.. Suka kawan tu ada la kadang2 confuse dgn suka yg sekadar berkawan dgn suka bercinta.. Serius.. Masalah, tapi biasanya aku akan meng-kawan-kan dgn apa2 jenis pun sebab dah confuse... HAHAHA.. Abaikan Bahasa Melayu aku tu sebab memang Bahasa Melayu aku teruk dari zaman sekolah.. xD

Kisahnya aku yg amek langkah berjaga-jaga ni untuk elak bercinta dengan sesiapa untuk fokus dgn pelajaran aku yg tak terkejar dengan tugasan ni lagi nak kejarkan utk bercinta.. Tapi, sehebat-hebat aku ni pun.. Aku terkandas, jatuh cinta jugak..dengan junior.. >_<


*pause*


Mula2 takde niat pun nak bcinta dengan junior ni.. Aku mula2 niat dia kawan je.. Ok fineee.. Dia memang comel, ada character yg aku minat.. Tapi, aku macam biasa la.. Aku akan amek langkah berjaga-jaga sebab taknak ganggu pelajaran dia.. Budak baru masuk kan..

Tapi, apakan daya.. Hati ni sukar dijangka.. Sekuat-kuat aku.. Akhirnya aku TERjatuh cinta dengan dia ni la..or so.something like that.. Susah kan hati sendiri bila hati dah jatuh hati.. Sebab apa, bila aku rujuk dekat kawan lama dia kata aku dah jatuh cinta la tu.. Dia kata, bila aku dah mula jeles bila tengok dia dgn org lain, bila dia ada dekat2 mata takley nak alih dari pandang dia, bila dekat jantung bdegup kencang, nak cakap memalu dan macam2 lagi la simptom2 org dah jatuh cinta..


Dah gitu, aku pun dah luahkan secara terus terang.. Lately, aku lebih gemar berterus terang dgn org, aku rasa lagi elok, tapi kadang2 cara aku tu tak elok.. *bergantung pada orang*


Cik Junior yg omel ni pun aku da mesej la.. Dah kira rapat, tu yg jatuh cinta.. HAHAHA.. Dia ni ada masalah dengan bekas kekasih dia.. Jadi dia pun takdela bagi respons sgt bila aku cakap benda2 bila serius mcm ni.. Dia ni hot stuff, so kena la jaga nama dia.. Apa dia cakap, apa dia buat.. Semua diperhati..


Nak buat acane, peduli apa aku.. Tapi, hubungan ni pun macam banyak halangan.. Negeri masing masing berjauhan.. Lepastu, dgn perbezaan budaya lagi.. Ramai yg ckp bila byk beza ni susah.. Tapi, ada jugak yg ckp byk perbezaan ni yg kekal..


Apa pun.. Harap kalau ada yg baca ni doakan mudah-mudahan hubungan ni ke jinjang pelamin ke akhir hayat sampai ke syurga nanti.. In Shaa Allah..

:')