Welcome to my world

Monday, 22 April 2013

HATI OH HATI

Hatiku ~ Hatimu ~

Hahahaha, sedap menyanyi lak start nak tulis post baru ni.. Aku lama dah nak, menulis..
Maaf, menaip.. Nak update entry  blog ni. Tapi disebabkan kerja yg terlampau banyak  dan kian menimbun,
aku tidaklah berkesempatan nak menulis.. -__- Maaf, MENAIP.. Ya ! Menaip ~ ~


Ok, cukup.. cukup sudah.. cukup sampai disini saja ~ Eh, tengok.. Menyanyi je, lagu jiwang lak tu..
Haa ! Baru la nak masuk kenapa entry blog.. Hati ? Kenapa dengan hati ni ? Takley makan hati, peparu, limpa dan sebagainya sebab bahagian dalaman makanan sebab tak elok ? Entah la, masih mencari jawapan pasal hal tu sebab bukan hati tu yg aku maksudkan..


Hati yg aku maksudkan ialah hati aku, hati manusia yang ada pelbagai jenis perasaan..sedih, marah, gembira, sayang, cinta.. HAHAHA, takkan nak sebut semua kan? Jenuh nak MENAIP semua weyh.. xD

Macam ni la, aku ni jenis yg susah nak suka kat orang.. Suka kawan tu ada la kadang2 confuse dgn suka yg sekadar berkawan dgn suka bercinta.. Serius.. Masalah, tapi biasanya aku akan meng-kawan-kan dgn apa2 jenis pun sebab dah confuse... HAHAHA.. Abaikan Bahasa Melayu aku tu sebab memang Bahasa Melayu aku teruk dari zaman sekolah.. xD

Kisahnya aku yg amek langkah berjaga-jaga ni untuk elak bercinta dengan sesiapa untuk fokus dgn pelajaran aku yg tak terkejar dengan tugasan ni lagi nak kejarkan utk bercinta.. Tapi, sehebat-hebat aku ni pun.. Aku terkandas, jatuh cinta jugak..dengan junior.. >_<


*pause*


Mula2 takde niat pun nak bcinta dengan junior ni.. Aku mula2 niat dia kawan je.. Ok fineee.. Dia memang comel, ada character yg aku minat.. Tapi, aku macam biasa la.. Aku akan amek langkah berjaga-jaga sebab taknak ganggu pelajaran dia.. Budak baru masuk kan..

Tapi, apakan daya.. Hati ni sukar dijangka.. Sekuat-kuat aku.. Akhirnya aku TERjatuh cinta dengan dia ni la..or so.something like that.. Susah kan hati sendiri bila hati dah jatuh hati.. Sebab apa, bila aku rujuk dekat kawan lama dia kata aku dah jatuh cinta la tu.. Dia kata, bila aku dah mula jeles bila tengok dia dgn org lain, bila dia ada dekat2 mata takley nak alih dari pandang dia, bila dekat jantung bdegup kencang, nak cakap memalu dan macam2 lagi la simptom2 org dah jatuh cinta..


Dah gitu, aku pun dah luahkan secara terus terang.. Lately, aku lebih gemar berterus terang dgn org, aku rasa lagi elok, tapi kadang2 cara aku tu tak elok.. *bergantung pada orang*


Cik Junior yg omel ni pun aku da mesej la.. Dah kira rapat, tu yg jatuh cinta.. HAHAHA.. Dia ni ada masalah dengan bekas kekasih dia.. Jadi dia pun takdela bagi respons sgt bila aku cakap benda2 bila serius mcm ni.. Dia ni hot stuff, so kena la jaga nama dia.. Apa dia cakap, apa dia buat.. Semua diperhati..


Nak buat acane, peduli apa aku.. Tapi, hubungan ni pun macam banyak halangan.. Negeri masing masing berjauhan.. Lepastu, dgn perbezaan budaya lagi.. Ramai yg ckp bila byk beza ni susah.. Tapi, ada jugak yg ckp byk perbezaan ni yg kekal..


Apa pun.. Harap kalau ada yg baca ni doakan mudah-mudahan hubungan ni ke jinjang pelamin ke akhir hayat sampai ke syurga nanti.. In Shaa Allah..

:')








No comments:

Post a Comment