Welcome to my world

Thursday, 31 October 2013

CINTAKU DI LAMAN SOSIAL


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Ooh.. Ohh.. Hati ku rasa sesuatu..
 
Nyanyi lak dah.. Hehehe.. Boleh kata satu Malaysia tahu lagu tu kan? Sejak lagu tu.. Aku rasa.. Ramai yg mula kenal dari laman sosial di internet.. Lepas tu timbul pulak cerita-cerita dari mereka yg mendirikan rumah tangga hasil dari kenalan di laman sosial.. Kan?

Itu kisah mereka.. Ini kisah aku..

Sejak beli handphone Blackberry aku makin bergiat aktif dalam laman sosial.. Maklumlah internet dimana mana.. Mula-mula beli tu.. Jakun gak.. Asyik ngadap benda tuuu je.. Lepas dah reda dari musim jakun tu baru kawan-kawan bagitau.. HAHAHAHA

Bila dah ada BB tu.. Facebook, Twitter dan sebagainya makin kerap online lah.. Facebook takley nak post status bebanyak.. Nanti dicaci, dikeji, dimaki, dihina.. Jadi, aku beralih ke twitter..

Saban hari..Semakin banyak yg aku follow.. HAHAHAHA

Tegur la orang sana sini.. Tengok twit twit mereka.. Kenal dgn orang baru.. Seperti biasa di laman sosial.. Ada yg menyombong, ada yg ramah dan macam jenis lagi la ragam.. Twitter ni lagi kenal orang sebab twit ni ala ala mcm lebih banyak luahan dan aktiviti seharian seseorang tu banding ngn Facebook.. Bagi aku la..

Di sini jugak aku jadi Curator utk akaun rasmi Melaka selama seminggu.. Twit aku utk seminggu dekat akaun tu lagi banyak dari akaun aku sendiri.. HAHAHAHA

Seronok jugak.. Aku taktau la feedback orang cemana.. Orang boring ke apa kan.. Sebab aku rasa aku cam membosankan banding curator sebelum sebelum ni..

Ok.. da melalut banyak sangat.. Ceritanya aku kenal la sorang perempuan dekat sini.. Dari sekadar berkawan kitorang mula berkasih.. Beza umur kami sangatlah jauh.. Beza 9 tahun.. Dia jauh lebih berumur dari aku... Sebab tu la aku suka dia.. Matang..

Konflik berlaku.. Kitorang renggang.. Baik balik.. Renggang balik.. Mungkin aku dah lama tak berpasangan.. Jadi ada benda yg aku tak buat.. Salah dia.. Biarlah rahsia..

Waktu pagi sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.. Dia telefon aku pakai num yg aku tak kenal.. Waktu tu aku ingat kami dah putus.. Aku pulak mungkin sedih jadi cepat je cari pengganti.. Taktaula..

Dia call.. Kitorang bertekak.. Dia sampai menangis.. Aku tak sangka.. Dia yg bersifat tenang dan matang tu menangis.. Maafkan aku.. Kesabaran aku ada hadnya jugak.. Akhirnya.. Dia yg meletakkan phone..

Tarikh 13/10/ 2013 aku dapat pesanan daripada Whatsapp daripada adik angkat dia mengatakan dia tak sedar diri.. Dia dibawa ke hopital..

Tanggal 15/10/ 2013 pesanan Whatsapp daripada number dia mengatakan dia telah pergi meninggalkan dunia yg fana ini.. Aku tersentak. Sukar untuk aku percaya pada awalnya.. Aku stalk twitter dia.. Aku diam diri.. Aku mimpi nampak muka dia.. Bila bangun.. Aku sedar yg memang itulah hakikatnya.. Aku cari twitter dia tak jumpa..

Aku baca balik pesanan yg dihantar adik angkat dia.. Rasa bersalah menyelubungi diri.. Sedih..
Mood aku tak menentu untuk beberapa minggu.. Arwah baik orangnya.. Walaupun kami takpernah berjumpa.. Dia percayakan aku utk cerita segalanya tentang dia.. Masalah dia.. Rahsia dia..

30/10/2013 tergerak hati aku nak tengok twitter kau ada lagi ke tak pakai akaun lain..tup tup..ada !
Ya Allah.. Perasaan aku masa tu aku taktau macam mana.. Bercampur baur.. Org yg disangka dah pergi.. Yang kita ratapi rupanya memalsukan kematian dia kerana jarak diantara kami membuatkan aku taktau apa sebenarnya keadaan dia..

Tak terkata.. Aku tak terkata dengan perbuatan kau






1 comment: