Welcome to my world

Tuesday, 11 September 2012

OVERNIGHT ON THE ROAD

Bertemu lagi kita dalam blog ku ini.. Aku ni suka nulis sejak kenal KEYBOARD..
Dudulu tak suka sebab kalau salah tulis kena padam pakai madam.. Kena liquid la bagai la.. TU yang malas tu. Tapi sejak ada teknologi bernama KEYBOARD ni aku suka nulis, walaupun ntah hape hape aku tulis..

Ok, takde kena mengena ngn post title.. -..-

Kisahnya bermula apabila kawan aku si Joker ni call Mirul, nak amek dia kat Seremban.. Dia dah terkandas kat sana.. Nak naik teksi balik dah malam, cas mesti gila2.. Nak naik bas ke Rembau pastu ke kolej lak dah takde.. Dah takde bas ke Rembau.. Jadi aku, Burn, Mirul kitorang naik la motor ke Seremban utk amek dia.. Maklumla kawan..

Lelaki bila dia mementingkan persahabatan, mmg macam2 akan dilakukan utk kawan2..

Berbalik pada motif entri kali ni, kami pun bergegas la ke Seremban pasal dah lewat.. Nasib baik guard baik.. Takde banyak soal.. Bagi je kitorang keluar..
Sampai kat Seremban dengan kelajuan cahaya.. Si Burn nak ikot pasal nak makan. Lapau.. Aku pun sama la.. HAHAHA


Sampainya kitorang dekat lokasi Joker, dia bangun dari tempat duduk kat motor kami park.. Entah hape dok bebel2 ngn dia.. Aku nak crita tapi nampaknya dah hilang ingatan.. Kiranya macam nila..

Dia keluar kat Seremban pasal kluar lepak ngn sorang budak kolej that happens to be my senior..

Ok la.. Hot jugak la.. HAHAHA. Aku kot yg dok tego dia..

" Siapa tu, dah pandai carik bohsia skrg.. "

Bila aku cakap mcm tu la kot baru dia introduce kat kitorang.. Pendek ceritera.. Ok.. Ayat poyo konon sastera BM power.. HAHAHA.

Pendekkan cerita.. Senior ni dah terlewat nak balik ke asrama sementara budak pmpuan yg ditempatkan kat Masjid Tanah.. (sebab keluar ngn Joker)

Nana (senior) ni kata supposedly ada mmber dia nak amek then lepak kat Melaka, tp sb hp dia habis bateri.. So, member dia ni terus balik asrama kolej..

So, solution 1st kami call mmber pmpuan aku kat Melaka utk bagi si Nana ni tido rumah diorang.. Call2 bagai nak rak, almari, peti sejuk dan sebagainya.. xD

Takde yg dapat tolong.. So 2nd option kami hantar dia ke Melaka.. Tu je.. Kira esok pagi2 dia gerak la balik ke Masjid Tanah.. So, tak pergi Joker ngn Mirul..

Aku ngn Burn yg pergi lepas aku convince mereka aku nak bawak motor sebagai pengalaman.. Aku ingat dekatla Melaka tu.. Jadi macam ada berani jugak la..

Pelik? Pengalaman apa? Aku taktau bawak motor.. Aku kecik2 da kenal apakah itu " PLAY STATION ". Soooo.. Banyak la mende aku taktau even naik basikal, aku adala belajar motor tapi takdela dapat lesen lagi.. Dah tau imbang badan tu pun pon dah membanggakan aku..

Bergerak la kami di pagi hari yang hening bersama angin malam yg sepoi2 bangsat.. Eh? Bangsat? Bahasa. HAHAHAHA. Biasa la orang Melaka.. HAHAHA

Lalu la highway utk ke Melaka.. Mulalah perjalanan jarak jauh pertama aku naik motor sbb sblum ni aku bawak motor pun dalam pusat mandu dan dekat bandar Melaka..


Pengembaraan bermula..


" VROOMMM "



*pause*


Perasan tak betapa 'gamble'nye aku tanpa lesen dan tanpa pengalaman nak rider di malam hari.. Memangla aku suka Kamen Rider, tapi tak semestinya aku pandai naik motor. Hahaha. Lawak kan? Dah tua bangka tak geti nak bawak moto. Reti tu retila.. Tapi ibarat bayi yg baru belaja jalan.. Tak stabil mana.. Kannnn >.<


Aku pun sambil naik moto mulut tak kering dok berdoa je perjalanan ni selamat..
Aku lupa nk bgtau ek yg masa call2 tadi aku call mak aku pastu hampir2 nak gaduh ngn mak aku.. HAHAHA

Tu yg buat aku risau, takut pape jadi mak aku mesti dok tepi telinga aku bersama ceramah berkaset, cd, dvd, mp4, mp3 pasal menasihatkan aku..

Tak salah, aku ok je.. Tapi kadang2 cam pelik2 je.. Pesanan mcm aku budak2 baru nak naik skola menengah..


Deruman enjin dan angin memenuhi ruang telinga aku dan badanku.. Namun begitu, aku mernuskan perjalanan yg dengan selamba ini..
Seronok la mula2, pastu bila da smpai part gelap2 tu.. Pergh !!

Seram satu citer, ngn takbrape nmpak jalan, ngn aku tak geti guna side mirror dn sbagainya.. HAHAHAHA. Aku gagahi jugak smpaila aku kepenatan tapi da terlepas R&R satu..

Masa aku tgh nak slowkan motor tu, aku pakai tekan la handbrake, tekan minyak sume.. Nak dekat accident aku.. Dok dah sliding2 pakai kaki ala2 motor Hardley Davidson walhal tu motor Legend je.. HAHAHA


Last2, aku tjatuh jugak bgolek tapi mcm biasa aku yg berat mcm gajah ni jatuh "GEDEBUK " mcm tu je.. Takdela bgolek2 mcm dalam movie. HAHA
Bangun dari jatuh je aku dah tergelak..

Yang si Burn dah risau dan si Nana dah mcm trauma.. " Ohhh, Im traumatised.. Im gonna sue the dead body.. I cannot go to work for a year ! " BHAHAHAHAH xD
Ayat dari Harith Iskandar dalam show Lawak ke Der..

Ok, syok sendiri jap.. >.<"

Teruskan jugak.. Tapi, sebelum tu naik jugak R&R kat tempat aku jatuh tu.. Isi minyak, Red Bull.. Baru jalaann..

Sampai Melaka..

Dok tegakkan badan jap dalam 15minit kat Dataran Pahlawan then kitorang terus shoot balik ke Seremban.. Gila tak gila la..
Burn dengan EX5 pinjam itu memecut laju meninggalkan aku yang keberatan dia atas motor..
Macam celaka lak ayat.. Aku yg berat ni mmbuat motor tu takdpat pergi lelaju..

Dapatla jugak cecah 120km/j satu part turun bukit tu..

Dengan angin malam, angin lintang, angin embn, angin ahmar, angin macam2 la..


SEJUK GILAA ! !


Redah2 jugak.. Smpaila ke Seremban..
Amek la Mirul ngn Joker.. Masa tu dah dekat Subuh.. HAHAHA

Balik2 ramai tanya.. Kemana la hape sume.. Hanya certain2 org je tau..
Cerita cover - up nye kitorang penat kat Seremban.. Overnight kat Seremban..
Walhal..


OVERNIGHT ON THE ROADDDD ! !


Monday, 10 September 2012

EGO SIAPA LAGI TINGGI

Hari Jumaat yang biasa.. Kelas dari awal pagi sampai petang kelas sama je.. Drawing Fun-Da-Mental dari 8am sampai 5pm. Arghhh >.<

Kelas ni aku paling aku suka.. Blaja relax, takde stress2.. Cuma kerja yang diberi dalam kelas nila yang paling stress nak siapkan.. Tapi, biasala.. Kata pun amek bidang seni.. Terpaksa la biasakan diri. Nanti keluar kat dunia sana tu lagi la macam hape..

Kelas terakhir belajar pasal tona warna, kelas yang kali ni pulak nak mempraktikkan penggunaan tona warna untuk hasilkan 'optical illusion' dalam lukisan menggunakan tona warna.

Pada asalnya, awal pagi Lecturer tu sekadar cakap kena bagi dia luluskan lukisan apa yang kitorang nak buat dalam kertas A4.. Ramai yang dah lulus, bila dah petang dah tlampau ramai yang dah lepas lepak2 termasuk la aku aku.. Agaknya telah mencetuskan rasa takpuas hati sbb ramai sangat yang dah melepak.




*pause*




Aku dah mention kan aku suka kelas ni sbb relax, kelas ni kelas gabung.. Budak2 filem, media dgn budak2 perabot.. So, memang dalam kelas ni aku suka berfoya-foya.. HAHAHAHA. Boleh ke berfoya foya dalam kelas? xD

Best la, ramai2.. Ramai geng.. Ramai awek-awek berdahi licin.. HAHAHAHAHA.

So, fahamkan betapa bestnya kelas ni selain kerja2 yang diberikan.. ^_~




Bila dah ramai sangat mengikut jejak langkah aku.. Kalau budak laki tu biasa la.. Tapi ngn budak pompuan skali melepak bagi.. Siap ada bentang tikar macam nak g piknik, ada yang bgosip, ada yang dok bjalan mcm kat shopping kompleks dan pelbagai lagi mende2 pelik.. Maklumla, kolej budak2 aliran seni.. xD



Aku pulak dgn geng dok usya sketch book orang pastu dok gelakkan lu
Bila da macam ni keadaan dalam kelas lecturer mgkin terasa berbulu dan sebagainya yang mengakibatkan mereka menyuruh kami kena buat dalam kertas A2 pulak.. Kertas tu bukannya kecik.. BESAUUUUU OIIIII



Ada yang malas2 pun tetap buat, ada yang terus tanpa kata, ada yang buat dgn rasa malas, takpuas hati dan ada yg buat dgn mulut membebel macam2. Aku? Aku memutuskan taknak buat dengan persekitaran yang tak kondusif dan tidak selesa myebabkan aku malas..

Ingat lagi tak Syazwan dalam post lepas? Dia pun terlibat dalam kumpulan terakhir yg takbuat..
Dia jugak mencadangkan untuk buat kumpulan Resistance ni.. HAHAHAHAHA


Last2 dia yang paling awal antara kami yang menyerah kalah lalu menyiapkan kerja tu..
Eh? Aku cam lupa je kenalkan rakan 'seperjuangan' aku dalam 'peperangan' ini.. Mereka ni baik2 orangnya.. Cume ideologi mcm aku la.. Sbb taknak buat sume sama je.. Tu yang kami adalah yang trakhir 'berdiri' dalam medan perang ni.. Berdiri? Aku rasa macam pkataan lebih elok adalah B A R I N G dan T I D U R ! HAHAHAHAHA


Ada 4 orang yang sama ideologi dan sama ego mcm aku.. Dengan bangganya aku perkenalkan mereka adalah Bond, Burn dan Sin.. Mereka nila sekutu aku.. HAHAHAHAHA

Diorang ada gak suruh aku buat kerja tu.. Aku buatla slowly.. Last2 bila dah penat, aku relax la.. Aku tengok diorang tido aku pun tidola..


" BAAMMM !! "


Bunyi ni sedarkan aku dari tido.. Aku nmpak lecturer da kluar, tinggalkan kitorang dalam gelap.. tapi air-cond adala.. Baik hati jugak, biarkan kami tido dalam keadaan selesa..

Kat part ni la baru aku tau rupa2 nya lagi diorang sume pura2 tido a.k.a tido2 ayam je.. AKU SORANG yang tido bebetul.. Sampai bedengkur.. -..-

Kitorang lepak2 jap smpai 8pm baru kitorang keluar.. Yela, mana tau lecturer nak Bang Bang Boom kan kitorang.. Masa ni la tukar2 citer, diorang dengar lcterer amek gmbar, try kejut aku..

Haishhh.. Dah macam tu.. Balik hostel pastu terus keluar makan..
TAHNIAH kepada BOND yang mulut masin. Kitorang jumpa salah sorang lcturer kat kedai makan..


" Best tido? "


Itu lah sapaan dia kat kami berempat.. HAHAHAHA.
Siap tunjuk gambar kami lagi tu..

Masa tu kitorang dah tergelak dan tau memang akan dapat populariti dgn cara yg pelik.

Tapi, kami berempat dah berazam kerja2 dia lpas ni kitorang akan siapkan dan buat yg terbaik walau tak buat dalam kelas. Tapi, akan tiba hasil kitorang kat dia utk di-submit..



KAMI AKAN LAKUKAN YANG TERBAIK !

Sunday, 9 September 2012

MERDEKA 2012

Ok.. Setelah sekian lama tidak menaip reramai.. Eh, jap.. Maksud aku naip bebanyak.. Terlalu banyak kerja di sini sebagai seorang pelajar.. Sampaila waktu merdeka baru ada cuti yang menenangkan sikit tanpa ASSignment yang berat2..

Aku dan beberapa rakan aku kat sini planning nak g Melaka.. Pasaipa? Adelaaa..

Hewhewhew *gelak jahat comel*


Ceritanya bermula pada malam 29 Ogos kami semua naik teksi dari petang dan smpai ke Terminal Seremban untuk beli tiket bas ke Melaka..
Lepas tanya tiap2 kaunter.. Adala 3 kaunter jual tiket bas ke Melaka.. Tapi, 2 kaunter ni macam celaka perangai..


" Bas g Melaka malam ni ada tak? "
" Ada, Mayang Sari ada jual.. "
" Uh.. Ok.. Mekasih "

Banyak kali aku tanya, jawapan mcm ni jela conversation tu.. Panas gak hati aku..
Dalam hati aku ni orang ke mesin!?




*pause*




Aku tny dia, dia g jawab syarikat lain yg jual.. Panas seyh


Ok, lepas tu aku g la ke kaunter Mayang Sari tu.. Ni lagi satu.. Kata ada jual tiket bas pukul 10.30pm.. Tapi bila nak beli kata dah habisss..


" Bang, ada jual tiket ke Melaka malam ni?"
" Pukul brape? "
" 10.30 malam nila "
" Ok, malam ni ok la kan (sambil bcakap ngn kawan aku). Saya nak beli 4 tiket"
" Takdela, dah habis.."
" Aik? Tadi kata ada jual last tiket pukul 10.30pm"
" Da habis."
" Ok.."

Aku ngn kawan2 aku pun beredar dengan macam2 rasa bengang, hampa, pelik, kecewa, masam manis, 3 rasa.. Eh, eh.. Hahahaha.. Dah mlalut..

Ok, last2 kami beli bas Transnasional, Eh? Beli TIKET bas Transnasional, bukan bas Transnasional.. Yg bjadual kan bertolak ESOK PAGIIII ! !

Seremban-Melaka
7.00am

Kami semua da macam, "APA NAK BUAT SAMPAI PUKUL 7 ESOK ?! "
Aku belum kenalkan kawan2 aku eh? Nama diorang ni Syazwan, Azrul, Amirul Ariff.. Diorang ni budak Sem 1 la.. Kitorang nak ke Melaka bersama agenda yang penuh dengan konflik, harapan dan kegelapan.. HAHAHAHAHAHA

Kami semua pun berbincang, bercanda, bermelalut,bertepuk tampar, bersepak terajang sume dan pelbagai lagi aksi2 yang tiada didalam kamus..

Akhir sekali kami pakat la g Seremban Parade untuk berkaraoke.. Aku ntah cemana tibe2 macam jadi Pack Leader memutuskan untuk memutuskan hubungan kita ni, kita takpernah serasi dari mula lagi.. Eh, Eh.. Memutuskan untuk karaoke selama 4 JAM !

Memekak la kami berempat sampai hilang suara, sampai nak muntah.. Aku pun kluar beli Red Bull.. Lepas sume dapat Red Bull.. Kami "Maraton Karaoke", pilih lagu bededai dedai tapi nyanyi spearuh tukau, nyanyi separuh tukau dalam masa 1jam setengah tula kami memekak mcm orang gila sampaikan orang lalu lalang dengan muka takut melihat budak2 melalak, melompat, terkinja kinja macam beruk. Bukan tu je.. Stiap pekerja lalu lalang "kononnye" untuk tengok kitorang.. Mesti ada mulut cam walkie talkie dok smpaikan " Bilik 20 ada sekumpulan budak yg macam takbetul, cepat tengok "

Selesai memekak kami lepak kat Dataran Seremban dengan alunan bunga api menandakan sudah sampai tarikh 31 Ogos ! Pung!Pang!Pung!Dam!Kaburgh! Kami tengok bungai api..
Dalam nak jerit MERDEKA hatiku tergerak nak tengok jam..

1.42am

Huh? Biau betul.. HAHAHAHA. Kitorang berMERDEKA dekat dalam bilik karaoke..
Tapi takpe, puas hati melalak..dapat jugak tengok bunga api walau agak lewat..
Balik ke Terminal lepas tu borak2 smpaila sume tumbang satu persatu sampai la ke pagi..

6.30am

Kami bangun, makan sarapan yang sedikit namun mahal bagai sedap2 je rasanya walhal biasa -je.. Tunggu punya tunggu bas sampaila 8am.. -..-

Sampai Melaka je kitorang terus melaksanan tujuan pengembaraan ini. Sebelum terlaksana, kitorang tengok la dulu perarakan Hari Merdeka kat Melaka sebelum mencapai objektif misi kami ke Melaka.

Selesai je misi kami. Bukan misi yang ada kat hospital2 kerajaan dan swastaKami semua terus bergegas pulang ke Seremban. Pusing2la jugak Melaka naik bas. Beli tiket bas terus la ke Seremban, bas ke Rembau, teksi ke kolej..

Maka berakhirlah pengembaraan kami. Selamat Hari Kemerdekaan ! Hargailah kemerdekaan ini dan janganlah sehingga kita kehilangannya.. Ayat macam dalam iklan dalam tv tiap bulan Ogos lak. Perjalanan yang penuh dugaan dan liku dan beberapa lagi perkataan yang takde dalam kamus lagi. So, takdapatla aku cakap apemendenya. Ok, dah melalut lagi.. HAPPY INDEPENDENCE DAY !