Welcome to my world

Sunday, 9 September 2012

MERDEKA 2012

Ok.. Setelah sekian lama tidak menaip reramai.. Eh, jap.. Maksud aku naip bebanyak.. Terlalu banyak kerja di sini sebagai seorang pelajar.. Sampaila waktu merdeka baru ada cuti yang menenangkan sikit tanpa ASSignment yang berat2..

Aku dan beberapa rakan aku kat sini planning nak g Melaka.. Pasaipa? Adelaaa..

Hewhewhew *gelak jahat comel*


Ceritanya bermula pada malam 29 Ogos kami semua naik teksi dari petang dan smpai ke Terminal Seremban untuk beli tiket bas ke Melaka..
Lepas tanya tiap2 kaunter.. Adala 3 kaunter jual tiket bas ke Melaka.. Tapi, 2 kaunter ni macam celaka perangai..


" Bas g Melaka malam ni ada tak? "
" Ada, Mayang Sari ada jual.. "
" Uh.. Ok.. Mekasih "

Banyak kali aku tanya, jawapan mcm ni jela conversation tu.. Panas gak hati aku..
Dalam hati aku ni orang ke mesin!?




*pause*




Aku tny dia, dia g jawab syarikat lain yg jual.. Panas seyh


Ok, lepas tu aku g la ke kaunter Mayang Sari tu.. Ni lagi satu.. Kata ada jual tiket bas pukul 10.30pm.. Tapi bila nak beli kata dah habisss..


" Bang, ada jual tiket ke Melaka malam ni?"
" Pukul brape? "
" 10.30 malam nila "
" Ok, malam ni ok la kan (sambil bcakap ngn kawan aku). Saya nak beli 4 tiket"
" Takdela, dah habis.."
" Aik? Tadi kata ada jual last tiket pukul 10.30pm"
" Da habis."
" Ok.."

Aku ngn kawan2 aku pun beredar dengan macam2 rasa bengang, hampa, pelik, kecewa, masam manis, 3 rasa.. Eh, eh.. Hahahaha.. Dah mlalut..

Ok, last2 kami beli bas Transnasional, Eh? Beli TIKET bas Transnasional, bukan bas Transnasional.. Yg bjadual kan bertolak ESOK PAGIIII ! !

Seremban-Melaka
7.00am

Kami semua da macam, "APA NAK BUAT SAMPAI PUKUL 7 ESOK ?! "
Aku belum kenalkan kawan2 aku eh? Nama diorang ni Syazwan, Azrul, Amirul Ariff.. Diorang ni budak Sem 1 la.. Kitorang nak ke Melaka bersama agenda yang penuh dengan konflik, harapan dan kegelapan.. HAHAHAHAHAHA

Kami semua pun berbincang, bercanda, bermelalut,bertepuk tampar, bersepak terajang sume dan pelbagai lagi aksi2 yang tiada didalam kamus..

Akhir sekali kami pakat la g Seremban Parade untuk berkaraoke.. Aku ntah cemana tibe2 macam jadi Pack Leader memutuskan untuk memutuskan hubungan kita ni, kita takpernah serasi dari mula lagi.. Eh, Eh.. Memutuskan untuk karaoke selama 4 JAM !

Memekak la kami berempat sampai hilang suara, sampai nak muntah.. Aku pun kluar beli Red Bull.. Lepas sume dapat Red Bull.. Kami "Maraton Karaoke", pilih lagu bededai dedai tapi nyanyi spearuh tukau, nyanyi separuh tukau dalam masa 1jam setengah tula kami memekak mcm orang gila sampaikan orang lalu lalang dengan muka takut melihat budak2 melalak, melompat, terkinja kinja macam beruk. Bukan tu je.. Stiap pekerja lalu lalang "kononnye" untuk tengok kitorang.. Mesti ada mulut cam walkie talkie dok smpaikan " Bilik 20 ada sekumpulan budak yg macam takbetul, cepat tengok "

Selesai memekak kami lepak kat Dataran Seremban dengan alunan bunga api menandakan sudah sampai tarikh 31 Ogos ! Pung!Pang!Pung!Dam!Kaburgh! Kami tengok bungai api..
Dalam nak jerit MERDEKA hatiku tergerak nak tengok jam..

1.42am

Huh? Biau betul.. HAHAHAHA. Kitorang berMERDEKA dekat dalam bilik karaoke..
Tapi takpe, puas hati melalak..dapat jugak tengok bunga api walau agak lewat..
Balik ke Terminal lepas tu borak2 smpaila sume tumbang satu persatu sampai la ke pagi..

6.30am

Kami bangun, makan sarapan yang sedikit namun mahal bagai sedap2 je rasanya walhal biasa -je.. Tunggu punya tunggu bas sampaila 8am.. -..-

Sampai Melaka je kitorang terus melaksanan tujuan pengembaraan ini. Sebelum terlaksana, kitorang tengok la dulu perarakan Hari Merdeka kat Melaka sebelum mencapai objektif misi kami ke Melaka.

Selesai je misi kami. Bukan misi yang ada kat hospital2 kerajaan dan swastaKami semua terus bergegas pulang ke Seremban. Pusing2la jugak Melaka naik bas. Beli tiket bas terus la ke Seremban, bas ke Rembau, teksi ke kolej..

Maka berakhirlah pengembaraan kami. Selamat Hari Kemerdekaan ! Hargailah kemerdekaan ini dan janganlah sehingga kita kehilangannya.. Ayat macam dalam iklan dalam tv tiap bulan Ogos lak. Perjalanan yang penuh dugaan dan liku dan beberapa lagi perkataan yang takde dalam kamus lagi. So, takdapatla aku cakap apemendenya. Ok, dah melalut lagi.. HAPPY INDEPENDENCE DAY !

No comments:

Post a Comment