Kelas ni aku paling aku suka.. Blaja relax, takde stress2.. Cuma kerja yang diberi dalam kelas nila yang paling stress nak siapkan.. Tapi, biasala.. Kata pun amek bidang seni.. Terpaksa la biasakan diri. Nanti keluar kat dunia sana tu lagi la macam hape..
Kelas terakhir belajar pasal tona warna, kelas yang kali ni pulak nak mempraktikkan penggunaan tona warna untuk hasilkan 'optical illusion' dalam lukisan menggunakan tona warna.
Pada asalnya, awal pagi Lecturer tu sekadar cakap kena bagi dia luluskan lukisan apa yang kitorang nak buat dalam kertas A4.. Ramai yang dah lulus, bila dah petang dah tlampau ramai yang dah lepas lepak2 termasuk la aku aku.. Agaknya telah mencetuskan rasa takpuas hati sbb ramai sangat yang dah melepak.
*pause*
Aku dah mention kan aku suka kelas ni sbb relax, kelas ni kelas gabung.. Budak2 filem, media dgn budak2 perabot.. So, memang dalam kelas ni aku suka berfoya-foya.. HAHAHAHA. Boleh ke berfoya foya dalam kelas? xD
Best la, ramai2.. Ramai geng.. Ramai awek-awek berdahi licin.. HAHAHAHAHA.
So, fahamkan betapa bestnya kelas ni selain kerja2 yang diberikan.. ^_~
Bila dah ramai sangat mengikut jejak langkah aku.. Kalau budak laki tu biasa la.. Tapi ngn budak pompuan skali melepak bagi.. Siap ada bentang tikar macam nak g piknik, ada yang bgosip, ada yang dok bjalan mcm kat shopping kompleks dan pelbagai lagi mende2 pelik.. Maklumla, kolej budak2 aliran seni.. xD
Aku pulak dgn geng dok usya sketch book orang pastu dok gelakkan lu
Bila da macam ni keadaan dalam kelas lecturer mgkin terasa berbulu dan sebagainya yang mengakibatkan mereka menyuruh kami kena buat dalam kertas A2 pulak.. Kertas tu bukannya kecik.. BESAUUUUU OIIIII
Ada yang malas2 pun tetap buat, ada yang terus tanpa kata, ada yang buat dgn rasa malas, takpuas hati dan ada yg buat dgn mulut membebel macam2. Aku? Aku memutuskan taknak buat dengan persekitaran yang tak kondusif dan tidak selesa myebabkan aku malas..
Ingat lagi tak Syazwan dalam post lepas? Dia pun terlibat dalam kumpulan terakhir yg takbuat..
Dia jugak mencadangkan untuk buat kumpulan Resistance ni.. HAHAHAHAHA
Last2 dia yang paling awal antara kami yang menyerah kalah lalu menyiapkan kerja tu..
Eh? Aku cam lupa je kenalkan rakan 'seperjuangan' aku dalam 'peperangan' ini.. Mereka ni baik2 orangnya.. Cume ideologi mcm aku la.. Sbb taknak buat sume sama je.. Tu yang kami adalah yang trakhir 'berdiri' dalam medan perang ni.. Berdiri? Aku rasa macam pkataan lebih elok adalah B A R I N G dan T I D U R ! HAHAHAHAHA
Ada 4 orang yang sama ideologi dan sama ego mcm aku.. Dengan bangganya aku perkenalkan mereka adalah Bond, Burn dan Sin.. Mereka nila sekutu aku.. HAHAHAHAHA
Diorang ada gak suruh aku buat kerja tu.. Aku buatla slowly.. Last2 bila dah penat, aku relax la.. Aku tengok diorang tido aku pun tidola..
" BAAMMM !! "
Bunyi ni sedarkan aku dari tido.. Aku nmpak lecturer da kluar, tinggalkan kitorang dalam gelap.. tapi air-cond adala.. Baik hati jugak, biarkan kami tido dalam keadaan selesa..
Kat part ni la baru aku tau rupa2 nya lagi diorang sume pura2 tido a.k.a tido2 ayam je.. AKU SORANG yang tido bebetul.. Sampai bedengkur.. -..-
Kitorang lepak2 jap smpai 8pm baru kitorang keluar.. Yela, mana tau lecturer nak Bang Bang Boom kan kitorang.. Masa ni la tukar2 citer, diorang dengar lcterer amek gmbar, try kejut aku..
Haishhh.. Dah macam tu.. Balik hostel pastu terus keluar makan..
TAHNIAH kepada BOND yang mulut masin. Kitorang jumpa salah sorang lcturer kat kedai makan..
" Best tido? "
Itu lah sapaan dia kat kami berempat.. HAHAHAHA.
Siap tunjuk gambar kami lagi tu..
Masa tu kitorang dah tergelak dan tau memang akan dapat populariti dgn cara yg pelik.
Tapi, kami berempat dah berazam kerja2 dia lpas ni kitorang akan siapkan dan buat yg terbaik walau tak buat dalam kelas. Tapi, akan tiba hasil kitorang kat dia utk di-submit..
KAMI AKAN LAKUKAN YANG TERBAIK !
No comments:
Post a Comment